Harga Murah

Lokasi Strategik

Patuh Syariah

Selamat & Selesa

PENAFIAN

NR Room Solution berusaha untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini tentang bilik, kemudahan, harga, dan dasar kami. Walau bagaimanapun, semua butiran tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Imej dan penerangan di laman web kami serta bahan promosi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak sepenuhnya mewakili keadaan bilik atau ciri-ciri sebenar semasa penginapan anda.

Kami menggalakkan tetamu untuk mengesahkan butiran khusus sebelum membuat tempahan, kerana kami tidak bertanggungjawab atas sebarang percanggahan atau salah faham. Dengan membuat tempahan bersama NR Room Solution, anda bersetuju dengan terma dan syarat kami dan memahami bahawa pengalaman penginapan mungkin berbeza.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan, atau ketidakselesaan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat yang disediakan di platform kami. Pautan kepada laman web atau perkhidmatan pihak ketiga adalah untuk keselesaan sahaja, dan kami tidak menyokong atau bertanggungjawab terhadap kandungan atau tawaran mereka.

Hubungi Kami

NR Room Solution
E-mel: ombakbella24@gmail.com
Telefon: 011-63922203
Alamat: No 5A Jalan Pahang, Presint Diplomatik P15, 62050 Putrajaya, WP Putrajaya.

KEDIAMAN SELAMAT DENGAN HARGA JIMAT, PILIHAN UTAMA ANDA!

Sama ada untuk percutian singkat, penginapan jangka panjang, atau bahkan untuk pemilik rumah yang mahu menyewakan hartanah mereka tanpa pening kepala – NR ROOM SOLUTION sentiasa sedia untuk membantu. Dengan pilihan sewaan yang fleksibel dari harian, mingguan, bulanan hingga tahunan, anda bebas memilih apa yang sesuai dengan gaya hidup dan bajet anda.

Kami mempunyai lebih dari 60 unit bilik sewa di pelbagai lokasi menarik sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Kota Bharu dan lain-lain tempat. Bilik-bilik sewa kami sesuai untuk semua golongan samada lelaki, wanita, single dan pasangan berkahwin mengikut keperluan anda. Kami menerima penyewa tanpa mengira bangsa dan agama. NR Room Solution menyediakan unit berasingan untuk mengasingkan penyewa perempuan dan lelaki dan patuh Syariah.

maklumat perniagaan

Laman Web Ini Dimiliki Oleh NR ROOM SOLUTION